PSB Online – “Refresher Training on Customer Service” anjuran Bahagian Perkhidmatan Pengguna telah diadakan pada 5 dan 6 Oktober 2022 di Makmal Komputer 2, Bangunan Tambahan, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB).
Bengkel ini melibatkan semua petugas kaunter yang bakal bertugas di Kaunter Info Desk, One Stop Centre, Undang-Undang, Pusat Pengajian Pengajian Antarabangsa, Muzium dan lain-lain lagi pada pembukaan semester baharu sesi 2022/2023 nanti.
Antara intipati bengkel adalah pemberitahuan mengenai tambahan kaunter yang perlu diuruskan iaitu Kaunter Pusat Pengajian Antarabangsa dan Kaunter Muzium. Selain penguatkuasaan etika pakaian yang perlu dilaksanakan, petugas juga diingatkan mengenai etika ketika berada di kaunter dan tatacara bertemu pengguna.
Petugas kaunter juga diberi pendedahan mengenai maklumat terkini pencarian bahan melalui laman web Perpustakaan serta perkhidmatan-perkhidmatan penting yang ditawarkan oleh Perpustakaan dan soalan-soalan popular yang selalu ditanya oleh pengguna antaranya adakah mengenai Libsearch, Turnitin, eResources, Scopus dan Web of Science, pangkalan data Datastream dan lain-lain lagi yang berkaitan.
Bengkel “Refresher Training on Customer Service” ini telah ditunjuk ajar oleh pustakawan-pustakawan di Bahagian Perkhidmatan Pembaca. Antara yang terlibat adalah Pn. Mazyana Hashim selaku Ketua Bahagian dengan dibantu oleh En. Suparman Sukri, Cik Nor Allia Askandar, Pn. Siti Suriyani Muhamad dan Pn. Fadzilah Hussin.
Antara objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan perkhidmatan kaunter yang terbaik kepada pengguna ketika pembukaan semester nanti dengan kemahiran sedia ada dan baharu. Bahagian Pekrhidmatan Pengguna amat berharap agar pendedahan yang telah diberi dapat membantu melancarkan proses tersebut agar kepuasan pengguna yang optimum dapat diperolehi.
Disediakan oleh: Noraini Alias
Gambar oleh: Noraini Alias & Bahagian Perkhidmatan Pelanggan