Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menduduki tempat kedua di dunia dengan menerima ‘Emerald Group Publishing High Usage Award’ bertempat di Sunway Putra Kuala Lumpur baru-baru ini. Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) selaku wakil UUM telah menerima anugerah tersebut dalam ‘Emerald User Group Meeting 2016’ yang bertemakan ‘Data…the oil of 21st century’ dimana acara ini merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Emerald Publishing Group kepada pelanggan-pelanggannya. Anugerah ini adalah merujuk kepada penggunaan tertinggi pangkalan data Emerald dengan jumlah keseluruhan artikel yang dimuat turun sebanyak 339,888 pada tahun 2015. Selain UUM, anugerah ini turut diterima oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM), SEGi University, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Berita penuh mengenainya boleh dibaca menerusi laman sesawang seperti dibawah.
Press release dated 1 March 2016 –http://www.emeraldgrouppublishing.com/about/news/story.htm?id=6559
Disediakan dan gambar oleh: Hanie Azyyati Abdul Jamil