LAWATAN PENANDAARASAN 5S KE UUM PRESS

Jawatankuasa 5S Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah mengadakan satu lawatan penandaarasan ke UUM Press. Seramai 16 orang yang menyertai lawatan ini iaitu 8 orang daripada Ahli Jawatankuasa 5S PSB manakala 8 orang lagi adalah merupakan Ketua-Ketua Zon di PSB. Turut hadir bersama Encik Abu Hassan Ghazali selaku Pengerusi Jawatankuasa 5S PSB. Lawatan ini bertujuan memberi peluang kepada mereka yang terlibat secara langsung dengan 5S di PSB agar dapat melihat sendiri dan mempelajari amalan-amalan terbaik 5S di UUM Press untuk dijadikan penandaaras dalam perlaksanaan 5S di PSB. Kami disambut mesra oleh wakil UUM Press . Banyak ilmu dan pengalaman yang diperolehi oleh kami sepanjang lawatan ini berlangsung. Selain taklimat ringkas kami turut diberi peluang melawati sekitar kawasan kerja UUM Press seperti ruang pejabat, bilik cetak, ‘workstation’, dan lain-lain lagi. Diharap agar lawatan ini bukan sahaja memberi ilmu-ilmu baru kepada kami malah mampu memberi inspirasi dan aspirasi untuk melakukan penambahbaikan dalam pelaksanaan 5S di PSB di masa akan datang. Lawatan ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.

Disediakan oleh: Hanie Azyyati Abdul Jamil
Gambar oleh: Siti Suriyani Muhamad

37total visits,1visits today