11 STAF PSB TERIMA APC 2018

Seramai 11 orang staf Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah Berjaya dipilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sempena Hari Inovasi dan Majlis Penganugerahan Universiti (HIMPU) 2018 yang telah berlangsung pada 26 Februari 2019 yang lalu.

HIMPU 2018 adalah acara tahunan yang diadakan bagi meraikan semua kakitangan, yang telah mempamerkan prestasi yang cemerlang sepanjang perkhidmatan mereka selain sumbangan tenaga dan bakti mereka di dalam dan luar pejabat.

Sebagaimana yang kita sedia maklum majlis ini diadakan bagi meraikan staf yang berprestasi cemerlang dengan memberi pengiktirafan kepada mereka. Dengan penganugerah ini membuktikan bahawa kakitangan tersebut mempunyai tahap keterlibatan yang tinggi dengan UUM.

Di samping itu, perlu diakui juga bahawa amat penting bagi UUM untuk memastikan tahap keterlibatan yang tinggi ini perlu ada dalam setiap lapisan warga UUM.

Semoga penerima anugerah ini boleh dijadikan sebagai ‘role-model’ atau suri teladan yang berupaya mencetus inspirasi kepada rakan-rakan sekerja yang lain untuk terus memberi perkhidmatan dengan cemerlang.

 

Disediakan oleh : Ku Azmi Ku Ibrahim

Gambar oleh : Hanie Azyyati Abd Jamil function

158total visits,1visits today

Share :