31 ORANG STAF SERTAI BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK PSB

Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan satu Bengkel Perancangan Strategik PSB pada 6 dan 7 November 2017 bertempat di Dewan Alamanda dan Calalily, EDC Hotels & Resorts, Sintok, Kedah. Seramai 31 orang staf PSB telah terlibat yang terdiri daripada Ketua Bahagian, Pustakawan, Penolong Pegawai serta Pembantu Perpustakaan.

Bengkel yang berlangsung selama 2 hari ini bertujuan untuk memperkasakan misi dan objektif jabatan dan bahagian serta turut melibatkan aktiviti percambahan fikiran oleh semua peserta dalam tindakan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan perpustakaan kepada pengguna. Selain itu, bengkel ini juga dianjurkan untuk memenuhi keperluan universiti di mana perancangan pelan strategik jabatan perlu selari dengan pelan strategik UUM. Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Encik Salleh Hudin Mustaffa, Ketua Pustakawan PSB dan diikuti dengan ucapan oleh Encik Abu Bakar Mat Safar selaku Pegawai Tadbir Kanan.

Peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut jabatan masing-masing iaitu Jabatan Khidmat Pengurusan, Jabatan Sumber Ilmu, Jabatan Perkhidmatan Pelanggan dan Jabatan Automasi. Setiap jabatan ini telah mengadakan perbincangan bersama dengan peserta dari bahagian-bahagian terlibat di bawah jabatan yang sama. Kemudian, wakil kumpulan kepada setiap jabatan membentangkan hasil perbincangan pelan tindakan strategik dan initiatif-initiatif yang dapat dilaksanakan bagi tempoh 3 tahun kepada semua peserta di samping memberi peluang kepada mereka untuk mengemukakan pelbagai soalan dan pandangan yang dapat memperbaiki idea-idea tersebut. Setiap cetusan idea kreatif dan initiatif strategik ini direkodkan bagi membolehkan PSB melaksanakan fasa kedua iaitu proses pemurnian pelan tindakan strategik tersebut oleh pihak pengurusan PSB nanti.

Disediakan oleh: Hanie Azyyati Abdul Jamil

Gambar oleh: Zaiful Izwan Ibrahim

33total visits,2visits today