PERTUKARAN STAF PERPUSTAKAAN: PENYUSUNAN BAHARU PERKUKUH KECEKAPAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN SULTANAH BAHIYAH

PSB ONLINE, 7 Julai 2025. Sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh struktur organisasi dan memperkemas aliran kerja, Perpustakaan Sultanah Bahiyah telah melaksanakan pertukaran dalaman staf berkuat kuasa 6 Julai 2025.

Antara pertukaran yang berlaku ialah:

  • Encik Ajmal Afif Abdul Rais, Pembantu Pustakawan dari Bahagian Perkhidmatan Maklumat dan Pengguna kini ditugaskan ke Bahagian Komunikasi Korporat, bagi membantu pergiatkan strategi komunikasi dan promosi digital kearah keterlihatan Perpustakaan Sultanah Bahiyah kepada khalayak pengguna.
  • Cik Azniza Ahmad, yang sebelum ini bertugas di Bahagian Perkhidmatan Maklumat dan Pengguna, kini beralih ke Bahagian Sumber Ilmu, seiring dengan tugasan dan projek baharu iaitu menghasilkan penulisan tentang Sejarah Pentadbiran Kedah yang dicetuskan oleh Ketua Pustakawan, Prof. Dr. Che Azlan Taib.
  • Puan Azlina Ahmad pula berpindah dari Bahagian Sumber Ilmu ke Bahagian Perkhidmatan Maklumat dan Pengguna, beliau akan terlibat secara terus dalam memberikan  perkhidmatan kepada pengguna dengan lebih cekap, cepat dan efektif.
  • Dr. Norashikin Ibrahim, yang sebelum ini berada di Bahagian Sumber Ilmu , kini ditugaskan ke Bahagian Perkhidmatan Maklumat dan Pengguna, bagi mengukuhkan pendekatan strategik dalam promosi dan keterlihatan perkhidmatan perpustakaan dengan komuniti kampus dan luar kampus.
  • Cik Sakinah Ahmad akan ditempatkan ke Bahagian Sumber Ilmu.  Sebelum ini beliau ditempatkan di Bahagian Perkhidmatan Maklumat dan Pengguna.  Pertukaran ini secara tidak langsung dapat memberikan idea baharu dalam memastikan kualiti dan kuantiti bahan berada dalam tahap yang baik.
  • Puan Nor Zaiyana Ab. Rashid asalnya bertugas di Bahagian Jaminan Kualiti dan Pengurusan Projek Bahagian yang beliau sertai adalah Bahagian Sumber Ilmu.  Penukaran beliau dapat percepatkan lagi proses akhir sebelum pengeluaran koleksi perpustakaan .

Menurut Ketua Pustakawan, pertukaran ini bertujuan untuk menyuntik kepelbagaian pengalaman serta memaksimumkan kekuatan individu dalam memperkasa misi dan visi perpustakaan.

“Pertukaran ini bukan sahaja memberi peluang staf untuk berkembang dalam bidang baharu, malah menggalakkan kolaborasi silang unit, seksyen dan bahagian  yang lebih mantap,” ujar beliau.

Warga perpustakaan mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua staf yang terlibat, dengan harapan agar mereka terus cemerlang dalam melaksanakan peranan masing-masing dan memberi impak positif kepada pembangunan Perpustakaan Sultanah Bahiyah secara keseluruhan.

Disediakan oleh Hasma Haji Harun dan Ajmal Afif Abdul Rais
Infografik : Ajmal Afif Abdul Rais

News Archive
Skip to content