Penaung PSB Buddies, Wan Hanis Kamarruddin menyifatkan penubuhan kelab ini merupakan satu peluang yang signifikan dalam memupuk budaya pembelajaran kolaboratif bukan sahaja dalam kalangan mahasiswa malah melibatkan keseluruhan komuniti universiti.
Beliau turut menegaskan bahawa kewujudan platfom seumpama ini berupaya memaksimumkan penggunaan sumber fizikal dan digital perpustakaan secara lebih sistematik dan berimpak tinggi.
Sebagai langkah awal memperkukuh jaringan kerjasama, satu perjumpaan sulung antara wakil Unit UPJAK dan ahli-ahli PSB Buddies yang berdaftar telah berjaya dilangsungkan di Auditorium 1, Bangunan Utama PSB, Khamis lalu.
Turut hadir pada perjumpaan ialah Rahimah Ishak, Timbalan Ketua Perpustakaan merangkap Ketua Bahagian Pengurusan Perkhidmatan, Arkib Dan Muzium, yang memantau kelancaran majlis berkenaan.
Disediakan oleh : Zarith Sofea Zaharin
Gambar oleh: Zarith Sofea Zaharin dan Wan Hanis Kamarruddin

