Berpandukan Data Analitik: Sistem ‘OrientFlow’ Bantu PSB Rancang Sesi Orientasi Lebih Efektif

PSB Online, 7 Oktober 2026 – Pengurusan pendaftaran Minggu Suai Kenal Pelajar Baharu Sesi A261 kini melangkah ke era dipacu data (data-driven) dengan pelaksanaan sistem OrientFlow (Library Orientation Management System).

 

Dibangunkan oleh Ketua Unit Pengurusan Sistem Perpustakaan, Puan Siti Norain Ismail, sistem digital bersepadu ini bukan sekadar memudahkan pendaftaran semata-mata, tetapi turut berfungsi sebagai alat pengumpulan data analitik yang strategik untuk pihak perpustakaan.

 

Sistem yang mengintegrasikan Microsoft Bookings, Power Automate, dan SharePoint ini merekodkan data profil pelajar, kolej, pusat pengajian, serta pilihan masa sesi secara berstruktur menggunakan mekanisme SessionKey.

Melalui data pendaftaran yang dikumpul secara masa nyata, pihak perpustakaan kini boleh:

  • Menganalisis pola pemilihan sesi bagi mengenal pasti waktu yang menerima permintaan tertinggi daripada enam slot bengkel yang ditawarkan setiap hari.
  • Melihat taburan peserta mengikut kolej kediaman dan pusat pengajian secara tepat demi mengelakkan kesesakan
  • Mengoptimumkan kapasiti ruang secara realistik, seperti mengawal had kapasiti Auditorium 1 yang mengehadkan 80 tempat duduk bagi setiap sesi semuka, serta menyelaras kemasukan ke Makmal Komputer Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB).

Pendekatan dipacu data ini membolehkan PSB menguruskan pengagihan sumber manusia dan kawalan ruang dengan lebih bijak. Hasilnya, pembaziran slot dapat dielakkan dan setiap pelajar baharu dijamin mendapat pengalaman menghadiri Bengkel Asas Perpustakaan dengan selesa, selamat, dan teratur.

 

 

Disediakan oleh: Zarith Sofea Zaharin

Gambar oleh: Ajmal Afif Abdul Rais

 

News Archive
Skip to content