PSB ONLINE: 15 November 2026 – Pertukaran ini melibatkan penempatan semula pegawai merentasi bahagian, seksyen dan unit di PSB sebagai salah satu langkah strategik untuk memperkukuh tadbir urus organisasi, mengoptimumkan pengurusan sumber manusia serta memperluas pengalaman dan kompetensi staf melalui pendedahan kepada bidang tugas dan persekitaran kerja yang berbeza.
Inisiatif ini diharap dapat meningkatkan sinergi antara bahagian, memperkukuh kerjasama berpasukan serta memastikan penyampaian perkhidmatan perpustakaan kepada warga universiti terus cekap, berkualiti dan berkesan.
Sehubungan itu, setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan tugas di penempatan baharu diucapkan kepada semua pegawai yang terlibat. Semoga pertukaran ini menjadi peluang untuk menimba pengalaman, memperluas kepakaran dan terus menyumbang kepada kecemerlangan Perpustakaan Sultanah Bahiyah.
Disediakan oleh: Elya Maisarah binti Abu Bakar (Pelajar Latihan Industri)

