PENEMPATAN STAF BAHARU PERPUSTAKAAN SULTANAH BAHIYAH

PSB ONLINE: 17 November 2026- Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), Universiti Utara Malaysia (UUM) mengalu-alukan kehadiran En. Muhammad Syahmi bin Ghazali yang telah menerima penempatan sebagai Pustakawan di PSB pada 1 November 2026.

Beliau ditempatkan di Unit Pembangunan Bahan Digital dan Unit Enterprise Digital Planning, Bahagian Pengurusan Teknologi dan Sumber Ilmu berkuatkuasa 15 November 2026.

Penempatan ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh keupayaan organisasi, khususnya dalam aspek pengurusan dan pembangunan bahan digital serta perancangan strategik berkaitan sumber ilmu. Kehadiran beliau diharap dapat menyumbang kepada pemantapan fungsi bahagian, mempertingkat kecekapan pelaksanaan tugas serta menyokong usaha PSB dalam memperkasa perkhidmatan perpustakaan berteraskan teknologi dan transformasi digital.

Seluruh warga Perpustakaan Sultanah Bahiyah mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada En. Muhammad Syahmi bin Ghazali atas penempatan ini.

Semoga beliau dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh komitmen, dedikasi dan integriti, seterusnya bersama-sama menyumbang kepada kecemerlangan Perpustakaan Sultanah Bahiyah.

 

Selamat maju jaya!

Disediakan dan gambar oleh: Elya Maisarah binti Abu Bakar

News Archive
Skip to content