BENGKEL PELAN PERANCANGAN STRATEGIK DAN PEMURNIAN : SIRI 2

PSB Online: Meneruskan lagi kesinambungan bengkel, pada 17 dan 19 Ogos 2020 yang lalu telah diadakan Bengkel Perancangan Strategik dan Pemurnian untuk siri yang kedua anjuran Unit Latihan dan Kualiti, PSB.

Bengkel ini masih mengekalkan lokasi yang sama iaitu di Ruang Latihan, Aras 3, Bangunan Utama, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB). Selain itu juga, bengkel ini masih dibimbing oleh fasilitator jemputan yang sama iaitu Prof. Madya Dr. Che Azlan Taib dalam membantu PSB untuk membentuk strategi terbaik perpustakaan.

Bengkel ini sememangnya adalah sangat bermanfaat dan penting kerana segala apa yang diputuskan adalah untuk kelestarian PSB di masa hadapan untuk kekal relevan di mata pengguna.

 

Disediakan dan gambar oleh: Noraini Alias

Share :