BENGKEL WEBOPAC BERI PENDEDAHAN BERGUNA KEPADA PELAJAR BAHARU

Sepanjang tempoh 4 hingga 8 September 2016 yang lalu, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah mengadakan program Bengkel Webopac sebagai pendedahan kepada seramai lebih kurang 4,500 orang pelajar baharu yang telah mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM). Program ini bermula dengan sesi pendaftaran pada 4 September 2016 di sebelah pagi di mana pelajar boleh memilih tarikh dan masa mengikut kelapangan mereka untuk sepanjang tempoh bengkel berlangsung. Bengkel pula bermula pada waktu petang pada hari yang sama bertempat di Auditorium 1, Bangunan Utama dan Auditorium 2, Bangunan Tambahan. Sebanyak 42 sesi bengkel telah disampaikan oleh pegawai terlibat yang terdiri daripada Pustakawan, dan Pembantu Perpustakaan Kanan.

Bengkel Webopac ini diadakan adalah bertujuan untuk membantu pelajar baharu mengetahui tatacara pencarian bahan dengan betul dan tepat disamping dapat menjimatkan masa dan tenaga mereka. Selain itu juga, mereka turut didedahkan dengan kaedah bacaan nombor panggilan bahan perpustakaan dan bagaimana untuk mendapatkannya di rak.

Mereka turut diberi penjelasan lanjut mengenai fungsi Kaunter Khidmat Pelanggan atau lebih dikenali sebagai ‘One Stop Center’ di mana petugas di kaunter sentiasa bersedia untuk membantu mereka sekiranya mereka menghadapi masalah. Kaedah dan kemudahan meminjam dan memulangkan buku melalui mesin layan diri juga turut didedahkan kepada pelajar baharu. Bengkel ini merupakan program wajib bagi setiap semester yang diadakan oleh Bahagian Rujukan dan Perkhidmatan Pelangga kepada pelajar baharu kerana ia merupakan asas kepada semua pengguna perpustakaan untuk mencari pelbagai bahan yang terdapat di dalam perpustakaan bagi membantu proses pembelajaran dan pengajaran mereka.

Disediakan oleh: Ku Azmi Ku Ibrahim

Gambar oleh: Mohamad Fuzi Ismail

41total visits,2visits today