PERJUMPAAN KETUA PUSTAKAWAN DENGAN WARGA KERJA PSB

9 Oktober 2016 – Satu perjumpaan telah diadakan di antara Encik Salleh Huddin Mustaffa, Ketua Pustakawan dengan seluruh warga kerja Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) pada jam 8.30 pagi di Auditorium, Bangunan Utama, PSB.

Antara perkara yang diberi perhatian sepanjang perjumpaan tersebut adalah mengenai Visi, Misi, Piagam Pelanggan dan Dasar Kualiti PSB dimana staf perlu memahami, berusaha dan bekerjasama dalam mencapai matlamat jabatan di samping memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan dalam menjalani tugasan harian. Beliau juga turut menekankan tatacara etika berpakaian, isu-isu kehadiran staf serta pengambilan cuti tahunan perlu mengikut seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendaftar Universiti Utara Malaysia.

Sebelum mengakhiri perjumpaan tersebut, beliau menyeru agar staf PSB menanamkan sikap suka membantu, mesra dan beristiqamah dalam menjalankan tugas seharian masing-masing.

Disediakan oleh : Norashikin Bt Ibrahim
Gambar : Mohamad Fuzi Bin Ismail

169total visits,7visits today