BICARA BUKU “RIMBA DIALEKTIKA” BERSAMA DATO’ WIRA DR. AFFIFUDIN HAJI OMAR

Majlis Bicara Buku “Rimba Dialektika” anjuran Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah berlangsung dengan jayanya pada 14 September 2015 dengan kehadiran Pengarang Rimba Dialektika iaitu Dato’ Wira Dr. Affifudin Haji Omar, Mantan Timbalan Menteri Kewangan Malaysia dan juga Prof. Dato’ Dr. Abdul Rahman B Abdul Aziz, Pengarah Institut Pemikiran Dr Mahathir.

Majlis Bicara Buku Rimba Dialektika adalah salah satu acara sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 peringkat PSB. Acara ini telah memberi peluang kepada Dato’ Wira Dr. Affifudin Haji Omar menceritakan secara ringkas tentang konflik dalaman watak utama iaitu Aman Ramli antara ideologi politiknya iaitu ‘komunisme’ dan pegangan diri sebagai seorang Muslim. Gabungan fakta sejarah telah disusun mengikut kronologi, imaginasi dan gaya penulisan yang dramatis telah membantu dalam penghasilan novel Rimba Dialektika ini. Celoteh dan penyampaian yang bersahaja berjaya mencuit hati para hadirin.

Jutaan terima kasih diucapkan di atas kesudian kedua-dua tetamu istimewa, Dato’ Wira Dr. Affifudin Haji Omar dan Prof. Dato’ Dr. Abdul Rahman B Abdul Aziz serta para hadirin yang datang menyerikan Majlis Bicara Buku tersebut.

Disediakan oleh: Wan Hanis Kamarruddin | Gambar oleh: Mohamad Fuzi Ismail

57total visits,1visits today