BUDAYA PEMBELAJARAN KOLABORATIF DIPUPUK MELALUI PSB BUDDIES

SINTOK 14 Januari 2026 – Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) melalui Unit Promosi, Jaringan Akademik Komuniti (UPJAK) telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan PSB Buddies, sebuah platfom strategik untuk memperkukuhkan kolaborasi berterusan antara pustakawan dan mahasiswa.
Penaung PSB Buddies, Wan Hanis Kamarruddin menyifatkan penubuhan kelab ini merupakan satu peluang yang signifikan dalam memupuk budaya pembelajaran kolaboratif bukan sahaja dalam kalangan mahasiswa malah melibatkan keseluruhan komuniti universiti.
Beliau turut menegaskan bahawa kewujudan platfom seumpama ini berupaya memaksimumkan penggunaan sumber fizikal dan digital perpustakaan secara lebih sistematik dan berimpak tinggi.
Sebagai langkah awal memperkukuh jaringan kerjasama, satu perjumpaan sulung antara wakil Unit UPJAK dan ahli-ahli PSB Buddies yang berdaftar telah berjaya dilangsungkan di Auditorium 1, Bangunan Utama PSB, Khamis lalu.
Turut hadir pada perjumpaan ialah Rahimah Ishak, Timbalan Ketua Perpustakaan merangkap Ketua Bahagian Pengurusan Perkhidmatan, Arkib Dan Muzium, yang memantau kelancaran majlis berkenaan.
Disediakan oleh : Zarith Sofea Zaharin
Gambar oleh: Zarith Sofea Zaharin dan Wan Hanis Kamarruddin
News Archive
Skip to content