EKSPLORASI HUTAN SINTOK BERSAMA WARGA PSB

2 Februari 2017 yang lalu, Badan Kebajikan dan Amal Perpustakaan Sultanah Bahiyah (BAKAL) telah menganjurkan satu aktiviti Eksplorasi Hutan Sintok khusus buat semua warga PSB yang bermula pada jam 8.15 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.

Antara objektif program ini diadakan ialah untuk beriadah sambil melihat dan merasai sendiri pengalaman menjelajahi Hutan Sintok. Eksplorasi ini diketuai oleh seorang jurupandu daripada Pusat Sukan iaitu En. Ahmad Pauzi Bin Othman.

Kawasan-kawasan yang menjadi pilihan untuk diterokai kali ini adalah bermula di Tapak Semaian, Titi Hayun, Kem Tentera dan Pokok 3 Beradik. Laluan ini agak landai dan tidak terlalu tinggi amat sesuai untuk semua peringkat umur.  Walaubagaimanapun, warga PSB bersama-sama mengambil peluang untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah dan menerokai khazanah Hutan Sintok. Selain itu, program ini dapat menanam sifat kerjasama dikalangan kakitangan disamping mengeratkan hubungan silaturrahim. Malah kakitangan juga dapat beramah mesra dan menghilangkan rasa stress setelah sekian lama memberi tumpuan kepada tugas-tugas di pejabat.

Moga penganjuran program-program riadah dan santai seperti ini dapat diadakan lagi di masa akan datang.

Disediakan oleh : Norashikin Ibrahim

Gambar oleh : Mad Affrizi Ismail

42total visits,1visits today