TAHNIAH! UUM DI TEMPAT KETIGA ‘EMERALD HIGH USAGE AWARD’ DI DUNIA

21 February, 2017– Tahniah dan syabas diucapkan kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) kerana telah berjaya menduduki tempat ketiga di dunia sempena Emerald High Usage Awards.

Untuk tahun ke-6 berturut-turut, Emerald Publishing bakal meraikan 20 institusi akademik antarabangsa terbaik dengan muat turun yang paling tinggi kandungan eJournal.

Emerald High Usage Awards dianjurkan bertujuan untuk meraikan hubungan di antara Emerald dan semua institusi pemenang yang kesemuanya mempunyai peningkatan akses kepada koleksi melebihi 300 jurnal meliputi bidang penyelidikan pengurusan perniagaan, dan kepelbagaian bidang di bawah kepakaran Emerald termasuk kesihatan dan penjagaan sosial, pendidikan, dan kejuruteraan.

Universiti Teknologi MARA sekali lagi menjadi institusi yang mempunyai jumlah muat turun eJournal tertinggi dengan lebih daripada 960,000 pada tahun 2016. Manakala Mesir Knowledge Bank (EKB) Data Centre iaitu sebuah perpustakaan digital terbesar di dunia, yang juga merupakan kemasukan baru telah berjaya menduduki tangga kedua dengan lebih 440,000 muat turun.

Walaubagaimanapun, UUM masih kekal relevan sebagai antara institusi tertinggi dunia yang aktif menggunakan Emerald. Untuk sepanjang tahun 2016, UUM berjaya menduduki tangga ketiga dengan hampir 300,000 muat turun. Penyampaian trofi pemenang bakal diadakan pada 18 April 2017 nanti sempena Emerald Librarian Conference 2017. Tahniah diucapkan kepada UUM atas kejayaan ini.

Berita penuh mengenainya boleh dibaca menerusi laman sesawang seperti dibawah:

http://www.emeraldgroup.com/news/emerald-celebrates-6th-annual-high-usage-awards

Disediakan oleh : Noraini Alias

24total visits,1visits today