FINANCIAL DATABASE TRAINING ON DATASTREAM AND EIKON

22 Mac 2018 – Bersempena dengan sambutan Hari Bersama Pelanggan 2018, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menganjurkan satu Bengkel Financial Database Training on Datastream and Eikon dengan kerjasama Thomson Reuters Malaysia yang bertempat di Auditorium 2, PSB.

Bengkel Financial Database Training on Datastream and Eikon ini disampaikan oleh Encik Wong Wai Hong yang merupakan Pengurus Pelanggan daripada Thomson Reuters Malaysia, The Intermark Kuala Lumpur. Beliau mempunyai pengetahuan yang luas dan berpengalaman dalam mengendalikan latihan atau bengkel seperti ini sepanjang bersama dengan Thomson Reuters selama 6 tahun.

Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memberi penerangan mengenai fungsi dan kaedah penggunaan pangkalan data kewangan Datastream dan Eikon kepada warga UUM khususnya pelajar, staf akademik dan juga pustakawan.

Sesi bengkel dihadiri seramai hampir 43 orang yang terdiri daripada staf akademik dan pelajar pasca siswazah selama 2 jam ini tamat pada jam 12.00 tengahari dan diakhiri dengan upacara penyampaian cenderamata oleh pihak penganjur kepada Encik Wong Wai Hong sebagai tanda penghargaan.

Disediakan oleh: Hanie Azyyati Abdul Jamil

Gambar oleh : Mohamad Fuzi Ismail

37total visits,3visits today