CERAMAH PRINSIP MENGHORMATI KERUSI : “HAKIKAT KEBERADAAN PEGAWAI AWAM DALAM PERKHIDMATAN AWAM”

Perpustakaan Sultanah Bahiyah telah mengadakan satu sesi perkongsian ilmu yang bertajuk Prinsip Menghormati Kerusi “Hakikat Keberadaan Pegawai Awam Dalam Perkhidmatan Awam” kepada warga PSB dan kampus amnya pada 25 Mac 2018 yang lalu. Perkongsian ini telah disampaikan oleh En. Ku Azmi Ku Ibrahim yang bertempat di Auditorium 1, PSB dengan dihadiri oleh hampir 50 orang.

Menurut beliau, “selaku penjawat awam, peranan dan tanggungjawab adalah amat penting kerana amanah, rahsia, tugas, kemuliaannya, ujiannya, batas kuasanya dan dibayar gaji. Kita juga telah membuat aku janji, patuh dan akur dengan apa yang kita janji serta menurut perintah seperti yang di arahkan oleh majikan. Semasa kita berbelanja dari gaji yang dibayar perlulah bijaksana supaya tidak terlibat dalam keterhutangan yang serius.”

“Dalam melaksanakan tugas, kita telah disediakan peraturan dan panduan bagi memudahkan kita namun kita masih boleh bersandarkan kepada budi bicara yang munasabah atas pertimbangan neraca umum ketika membuat keputusan” ujar beliau lagi.

Semasa perkongsian ini, beliau turut menerangkan mengenai kesan dan akibat sekiranya penjawat awam melanggar peraturan yang sedia ada. Oleh itu keprihatinan dan kesedaran yang serius amatlah dituntut dalam perkara ini.

Perkongsian ilmu ini amatlah berguna kepada semua pejawat awam supaya dapat melaksanakan kerja seharian dengan lebih teratur dan mengikut peraturan yang disediakan. Prinsip yang perlu ada ialah “Applying the right mind” supaya mendapat penyudahan yang baik dalam urus tadbir. Urus tadbir perlulah mempunyai teknik komunikasi yang berkesan supaya persekitaran kerja menjadi lebih mesra dan harmoni.

Disediakan oleh Ku Azmi Ku Ibrahim

Gambar oleh : Noraini Alias

23total visits,2visits today