KUMPULAN INFINITY JUARAI KUIZ KUALITI PSB 2014

Kumpulan INFINITY dari Bahagian Siri, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah berjaya menjuarai Pertandingan Kuiz Kualiti PSB 2014 yang di adakan pada 21 Oktober 2014 yang lalu bertempat di Auditorium 2, Perpustakaan. Kumpulan ini yang diwakili oleh Puan Ku Safina Ku Ismail, Puan Roslinda Abd Razak dan Puan Ranizaton Shinar Ramli telah mengalahkan Kumpulan KHAS dari Bahagian Koleksi Khas dan Media dan seterusnya meletakkan Kumpulan Khas di tempat kedua.

Kuiz Kualiti merupakan salah satu acara yang diadakan pada tahun ini sempena menyambut Program Bulan Kualiti peringkat PSB. Sebanyak 10 pasukan dari semua bahagian dan unit di PSB menyertainya. Peringkat pertama pertandingan telah diadakan pada 18 dan 19 Oktober 2014, dimana empat pasukan telah dipilih untuk memasuki pertandingan separuh akhir berdasarkan markah yang tertinggi. Pasukan-pasukan yang terpilih kemudian bertarung di peringkat separuh akhir pada 19 Oktober 2014. Mereka ini terdiri daripada Kumpulan KHAS (Bahagian Khas & Media), REF’Q (Bahagian Rujukan), ANDORID (Bahagian Sirkulasi) dan INFINITY (Bahagian Siri). Pada peringkat ini, Kumpulan REF’Q terpilih sebagai pemenang tempat ketiga berdasarkan jumlah markah yang diperolehi.

Pertandingan Kuiz Kualiti PSB 2014 telah dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemandu Kualiti, PSB. Hadiah kepada pemenang-pemenang akan disampaikan pada sambutan Hari Kualiti PSB yang bakal diadakan pada penghujung tahun ini.

Oleh : Ku Azmi Ku Ibrahim | Gambar : Ishar Md Zain

46total visits,2visits today