KUNJUNGAN SASTERAWAN DATO’ DR. ZURINAH HASSAN KE PSB

19 Mac 2019 – Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) terima kunjungan daripada sasterawan ulung negara iaitu Dato’ Dr. Zurinah Hassan sempena berlangsungnya “Pameran Sasterawan di Universiti” yang bertempat di Aras 2, Bangunan Utama PSB.

Kunjungan ini amat bermakna buat PSB kerana Dato’ Dr. Zurinah sudi menjejakkan kaki melihat pameran yang sedang berlangsung ini. Pameran ini diadakan adalah bertujuan untuk menghebahkan serta mendidik generasi masa kini untuk mengenali lebih lanjut mengenai tokoh sasterawan negara kita terutama Sasterawan Negara (SN) yang berasal dari Negeri Kedah.

Antara yang dipamerkan adalah Koleksi deklamasi puisi oleh SN Dato’ Dr. Zurinah Hassan selain informasi mengenai beliau. PSB juga turut mengetengahkan dua lagi SN terulung yang berasal daripada Kedah iaitu SN Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hj. Shahnon Ahmad   dan Datuk Abdullah Hussain. Di samping itu, pihak kami juga mempamerkan hasil-hasil penulisan ketiga-tiga orang SN tersebut seperti novel, koleksi puisi dan lain-lain lagi. Para pengunjung berpeluang melihat hasil penulisan ketiga-tiga SN daripada koleksi Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah yang dipamerkan serta koleksi persendirian kakitangan UUM.

Selain daripada itu, pihak PSB juga turut menyediakan tayangan ‘Pementasan Ranjau Sepanjang Jalan’ oleh para pelajar Ko-K UUM, Telefilem ‘Srengenge’ dan filem ‘Rice People’.

Aktiviti pameran ini adalah sebahagian daripada program ‘Read@Uni yang sedang giat dijalankan di seluruh institusi pengajian tinggi negara.

 

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Norhardi Saad

 

278total visits,1visits today

Share :