LAWATAN KERJA PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN KE PSB, TINGKATKAN HUBUNGAN ANTARA PUSTAKAWAN UPSI-UUM

Pada 27 Julai 2017 yang lalu, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menerima kunjungan lawatan penandaarasan daripada Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah diketuai oleh Encik Mohamed Zaid Mohamed Idris selaku Timbalan Ketua Pustakawan. Kunjungan ini telah disambut mesra oleh Encik Salleh Huddin Mustafa, Ketua Pustakawan, Encik Muhammad Mazlan Jalla, Timbalan Ketua Pustakawan serta beberapa orang Pustakawan PSB, Universiti Utara Malaysia (UUM).

Lawatan ini dimulai dengan penerangan ringkas mengenai PSB yang telah disampaikan oleh Cik Hanie Azyyati Abdul Jamil, diikuti dengan sedikit taklimat oleh En. Salleh Hudin Mustafa   kepada semua delegasi PTB, UPSI. Sesudah itu, sesi soal jawab juga telah diadakan bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai aktiviti dan gerak kerja di PSB.

Setelah itu, delegasi ini dipecahkan ke beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan dibawa melawat ke bahagian-bahagian berkenaan antaranya ialah Bahagian Sirkulasi dan Perkhidmatan Pembaca, Siri, Rujukan dan Perkhidmatan Pelanggan, Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Koleksi Khas dan Media dan lain-lain lagi. Lawatan ini berakhir pada jam 2.00 petang sesudah jamuan tengah hari.

Semoga lawatan ini dapat menimba ilmu baru serta mengeratkkan lagi hubungan silaturrahim di antara PSB, UUM dan PTB, UPSI.

Disediakan oleh : Ku Azmi Ku Ibrahim

Gambar oleh : Mohamad Fuzi Ismail

36total visits,2visits today