LAWATAN KERJA YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA KE PSB ERATKAN HUBUNGAN

Seramai 6 orang Pegawai dari Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya Wilayah Persekutuan telah mengadakan lawatan kerja ke Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) pada 15 Februari 2016. Ini merupakan salah satu destinasi dalam siri lawatan kerja dijalankan oleh Yayasan Kepimpinan Perdana di kawasan utara semenanjung.

Lawatan ini diketuai oleh wakil Pengurus Besar, Encik Adnan Haris yang tiba di PSB telah disambut oleh Ketua Penolong Pustakawan Encik Muhamad Mazlan Jalla dan diiringi pegawai-pegawai PSB yang lain .PSB memulakan majlis dengan menyampaikan taklimat umum mengenai perpustakaan dan seterusnya sesi soal jawab. Akhir sekali mereka dibawa melawat ke bahagian-bahagian operasi utama PSB bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai sistem pengurusan, pelaksanaan tugas dan perkhidmatan serta proses-proses kerja di PSB. Lawatan ini berakhir pada jam 4.30 petang.

Disediakan oleh: Isanuddin Bidin | Gambar oleh: Mohamad Fuzi Ismail

41total visits,1visits today