HARI RIADAH PSB DAN MAJLIS SANJUNGAN BUDI SEKALUNG BAKTI 2016

Pada 4 Februari 2016 yang lalu telah berlangsungnya Hari Riadah PSB dan Majlis Sanjungan Budi Sekalung Bakti. Ia merupakan anjuran Kelab BAKAL bersama pihak pentadbiran PSB.

Hari Riadah PSB adalah bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan di kalangan warga PSB di samping memberi ruang kepada staf untuk mengurangkan tekanan kerja dengan aktiviti-aktiviti yang lebih santai dan menyihatkan badan. Hari Riadah ini dimulakan dengan aktiviti senamrobik di bawah pimpinan Encik Jamil Bin Mat yang dijemput khas daripada Pusat Budaya, UUM. Aktiviti senamrobik ini adalah sebagai pemanas badan sebelum bermulanya acara utama yang dipertandingkan pada hari tersebut iaitu permainan dam, karom dan dart. Kesemua acara ini adalah di bawah seliaan Biro Sukan dan Rekreasi Kelab BAKAL.

Pada hari ini juga turut diadakan Majlis Sanjungan Budi Sekalung Bakti yang bertujuaan untuk meraikan serta memberi penghargaan terhadap sumbangan dan jasa staf yang pernah berkhidmat di Perpustakaan Sultanah Bahiyah. Antara tetamu yang diraikan adalah Puan Mardziah Ishak, Mejar Azmi Mat dan juga Puan Noor Azamimah Abd Ghani.

Di kesempatan ini juga Ketua Pustakawan mengucapkan segunung tahniah kepada pihak penganjur kerana telah berjaya menganjurkan program ini. Beliau juga berterima kasih kepada staf yang dirai atas segala sumbangan serta jasa baik mereka sepanjang berkhidmat di PSB yang pastinya tidak akan dilupakan. Selain itu, beliau berharap agar aktiviti riadah sebegini dapat diteruskan lagi bagi menjalin hubungan silaturrahim yang lebih erat sesama kita.

Disediakan oleh: Noraini Alias | Gambar oleh: Mohamad Fuzi Ismail

17total visits,2visits today