LAWATAN PENANDA ARASAN DARI PERPUSTAKAAN USIM

Seramai 9 orang Pegawai dari Jabatan Perpustakaan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB). Ini merupakan salah satu siri lawatan penanda arasan khusus untuk melihat dan berkongsi pandangan dan pengalaman berkaitan search engine yang telah dibangunkan oleh UUM.  Lawatan yang diketuai oleh Ketua Pustakawan dari USIM, Encik Jasmin Jaimon disambut mesra oleh Encik Salleh Hudin Mustaffa, Ketua Pustakawan, UUM dan diiringi oleh Pengarah UUM IT Encik Kamarudin Abdullah serta pegawai-pegawai PSB yang lain.

Kunjungan ini bukan sahaja bertujuan memenuhi objektif penanda arasan malah ianya membuka ruang kepada kedua-dua buah institusi ini untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan kerjasama melalui perkongsian ilmu pengetahuan dan amalan-amalan terbaik bagi meningkatkan prestasi perkhidmatan di jabatan masing-masing.

51total visits,1visits today