PROGRAM SENAMROBIK PSB

Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menganjurkan program senamrobik buat seluruh warga PSB di Foyer Perpustakaan. Aktiviti ini bermula pada jam 8.30 pagi dengan acara pemanasan badan dan diikuti senamrobik yang diketuai oleh tenaga pengajar jemputan iaitu Puan Farizah Ahmad bersama 2 orang pembantunya.

Tujuan utama senamrobik ini diadakan adalah bagi menyemai dan menggalakkan kakitangan PSB mengamal budaya hidup yang sihat serta merapatkan hubungan silaturrahim sesama mereka. Acara yang berlangsung selama 1 jam ini amat bermakna kerana bukan sahaja ia dapat menyegarkan badan malah ia bisa mewujudkan rasa gembira serta mengukir senyuman dan keceriaan pada wajah mereka setelah seharian bertungkus-lumus bekerja.

PSB juga yakin bahawa senamrobik ini dapat melahirkan warga PSB yang cergas dan cerdas serta mampu melaksanakan tanggungjawab mereka kepada jabatan dengan lebih efisyen. Program ini berakhir sekitar jam 9.30 pagi.

32total visits,1visits today