LAWATAN PRO CANSELOR UUM KE PSB

PSB Online – Pada 21 Mac 2021 yang lalu, Pro-Canselor UUM, Yang Mulia Tengku Tan Sri (Dr.) Dato’ Paduka Mahaleel Tengku Ariff telah mengadakan lawatan ke UUM, baru-baru ini.

Di kesempatan ini, beliau turut mengunjungi Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) untuk melihat fasiliti yang terdapat di perpustakaan. Kehadiran beliau telah disambut oleh Ketua Pustakawan iaitu En. Salleh Hudin Mustaffa bersama Timbalan Ketua Pustakawan iaitu En. Razak Siamin berserta beberapa Penolong Ketua Pustakawan yang lain.

Menerusi lawatan ringkas ini, beliau telah dibawa melawat ke sekitar bangunan perpustakaan antaranya adalah sudut Professor’s Corner, Kaunter One Stop Centre, Bilik Academic Commons dan lain-lain lagi. Servis dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PSB juga turut dimaklumkan secara ringkas oleh Ketua Pustakawan.

Sebelum pulang, Yang Mulia Tengku Tan Sri (Dr.) Dato’ Paduka Mahaleel Tengku Ariff juga sempat mengabadikan foto bersama Ketua Pustakawan di hadapan sudut Professor’s Corner.

 

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Hanie Azyyati Abd Jamil

News Archive
Skip to content