LAWATAN SAMBIL BELAJAR KUMPULAN KIK FELDA WILAYAH ALOR SETAR KE PSB

Pada 19 November 2015 Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menerima kunjungan daripada kakitangan Felda Wilayah Alor Setar seramai 10 orang yang juga merupakan ahli Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dalam lawatan sambil belajar khusus mendapatkan khidmat nasihat dan berkongsi pengalaman serta idea mengenai KIK. Ketibaan rombongan pada jam 9.00 pagi disambut oleh Cik Hanie Azyyati Abdul Jamil, Pustakawan merangkap fasilitator kumpulan KIK PSB. Lawatan ini amat bermakna kepada kedua-dua kumpulan KIK iaitu Kumpulan B-COOL daripada Felda dan SMARTY daripada PSB kerana berpeluang berinteraksi sesama ahli kumpulan dan berbincang mengenai kaedah-kaedah yang boleh digunakan bagi menambahbaik lagi penulisan laporan projek dan teknik persembahan kumpulan. Lawatan ini berakhir pada jam 12.00 tengahari dengan upacara penyampaian cenderahati dan bergambar sebagai tanda kenang-kenangan.

66total visits,1visits today