PSB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI PERSATUAN KONTRAKTOR BUKU MALAYSIA (PKBM)

Perpustakaan Sultanah Bahiyah telah menerima kunjungan hormat dari Ahli Jawatankuasa Persatuan Kontraktor Buku Malaysia (PKBM) pada 18 November 2015 (Rabu), jam 9.00 pagi seramai 10 orang.

Mereka telah disambut mesra oleh Ketua Jabatan Sumber Ilmu, En. Mohd Nor Ahmad dan Ketua Bahagian Perolehan, Pn. Rahimah Ishak.Tujuan kunjungan ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan Ahli Jawatankuasa PKBM yang baru bagi tahun 2015/2017 di samping mengadakan perbincangan serta berkongsi pandangan tentang scenario perkembangan pembekalan buku dan jurnal di Perpustakaan Universiti Awam, khususnya di Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia. Perbincangan ini dipengerusikan oleh Ketua Pustakawan, En. Salleh Hudin Mustaffa dan turut serta dalam perbincangan ialah Timbalan Ketua Pustakawan, Pn. Shukra Shuib.

En. Adi Irwan Dato’ Hj Azhari, Presiden PKBM mewakili AJK yang hadir mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Perpustakaan Sultanah Bahiyah yang sudi menerima kunjungan mereka dan berharap pertemuan ini dapat diteruskan untuk tahun-tahun hadapan.

Disediakan oleh: Puan Rahimah Ishak | Gambar oleh: Mohd Fuzi Ismail

37total visits,1visits today