PENANDAARASAN UNIVERSITI TERPILIH DUNIA BANTU MANTAPKAN PENSTRUKTURAN SEMULA PSB

Sesi khas pembentangan mengenai hasil dapatan penandaarasan universiti terpilih dunia oleh 6 orang Ketua Penolong Pustakawan telah diadakan pada 23 Januari 2020 yang lalu. Ianya telah berlangsung di Auditorium 1, Bangunan Utama Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) seawal jam 8.15 pagi.

Penandaarasan ini dibuat bertujuan untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan PSB berbanding universiti-universiti tersebut. Antara fokus utama pembentangan adalah mengenai carta organisasi dan fungsi bahagian yang ada. Secara tidak langsung, ianya juga mampu  memberi idea kepada PSB untuk membuat sedikit pembaharuan dengan menawarkan pelbagai servis dan fasiliti yang relevan dan terkini kepada pengguna di masa hadapan.

Pembentangan tersebut adalah meliputi 3 perpustakaan akademik yang utama dari negara Australia, Thailand, Hong Kong, Singapura, Indonesia dan Malaysia. Antara universiti yang terpilih adalah Universiti Melbourne, Universiti Chulalongkorn, National University of Singapore, Universitas Indonesia, Universiti Malaya dan lain-lain lagi. Selain itu juga, En. Razak Siamin selaku Timbalan Ketua Pustakawan turut membentangkan hasil penandaarasannya mengenai Perpustakaan Universiti Oxford.

Sesi ini turut dihadiri oleh Ketua Pustakawan iaitu En. Salleh Hudin Mustaffa dan semua pustakawan PSB. Ia tamat sekitar jam 10.30 pagi.

 

Disediakan dan gambar oleh: Noraini Alias

Share :