PENGGUNA PALING AKTIF TERIMA ANUGERAH PENGHARGAAN PSB

Sempena Majlis Perasmian Pesta Buku Utara Discover UUM 2016 yang berlangsung di foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB)  pada 21 Mac 2016 ianya merupakan satu peluang terbaik buat PSB untuk meraikan serta memberi penghargaan kepada 21 orang pengguna dan pusat pengajian paling aktif menggunakan perkhidmatan perpustakaan sepanjang tahun 2015.

Penganugerahan ini bertujuan untuk menjalin hubungan baik di antara pengguna dengan PSB dan secara tidak langsung menarik minat pengguna untuk menggunakan perkhidmatan  dan kemudahan yang terdapat di perpustakaan.

3 kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Pengguna e-Resources Paling Aktif, Kategori Peminjam Buku Terbanyak dan Kategori Pengunjung Paling Kerap ke Perpustakaan.  Pemenang-pemenang terdiri dari kalangan staf akademik, pelajar pasca siswazah dan pelajar ijazah pertama.

Pada tahun ini, PSB juga turut memperkenalkan kategori anugerah baharu iaitu Kategori Pusat Pengajian Paling Aktif Menggunakan Perkhidmatan Perpustakaan.  Bagi kategori ini, Pusat Pengajian Undang-Undang UUM COLGIS telah dinobatkan sebagai pusat pengajian paling aktif menggunakan perkhidmatan e-Resources manakala Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial UUM CAS memenangi anugerah Peminjam Buku Terbanyak dan anugerah Pengunjung Perpustakaan Terbanyak pula dimenangi oleh Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar.

Semua anugerah ini telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Tajul Urus Haji Mat Zain yang merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.  Turut hadir bersama dalam majlis ini ialah Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU), Pengarah UUM Press dan pegawai-pegawai utama universiti.

Dalam mendokong hasrat universiti, PSB akan terus berusaha untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang dapat memberi manfaat kepada setiap pengguna perpustakaan.

Disediakan oleh: Isanuddin bin Bidin

Gambar oleh: Mohamad Fuzi bin Ismail

 

17total visits,1visits today