PSB TERIMA LAWATAN KERJA DARIPADA DELEGASI UNIVERSITI AUTOMOTIF DRB-HICOM

Pada 30 Mac 2016 yang lalu, PSB telah dikunjungi oleh delegasi Universiti Automatif DRB-HICOM, Pekan Pahang. Sebelum tiba di PSB, delegasi ini telah terlebih dahulu disambut di Anjung Tamu dan dibawa melihat sekitar UUM dengan menaiki Trem. Setibanya di PSB, mereka telah disambut mesra oleh Ketua Pustakawan, Pegawai dan staf PSB terlibat.

Lawatan ini diketuai oleh Prof. Dr. Mohamad Tayib yang merupakan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Pendidikan, dengan diiringi oleh Pn. Roslaila bt Mohamad selaku Pengarah Jabatan Ko-Kurikulum, serta seorang Pustakawan iaitu Pn. Siti Mariam bt Ismail. Objektif utama lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat dan menjadikan PSB sebagai tanda aras dalam pengurusan sumber serta perkongsian maklumat.

Sedikit taklimat ringkas telah diberi di Bilik Mesyuarat, Paras 3 dan sesudah itu, delegasi ini dibawa melawat di sekitar PSB sebelum dijemput menjamu selera makanan tengahari yang telah disediakan. Lawatan ini berakhir pada jam 2.00 petang.

Disediakan Oleh: Noraini Binti Alias

Gambar Oleh: Muhamad Fuzi Bin Ismail

32total visits,1visits today