PERJUMPAAN ANTARA PUSTAKAWAN PENGHUBUNG PSB BERSAMA WAKIL PUSAT PENGAJIAN

21 Mac 2018 – Satu perjumpaan di antara Pustakawan Penghubung Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) bersama 16 Wakil Pusat Pengajian yang dilantik bertempat di Bilik Mesyuarat 1, Bangunan Tambahan PSB. Perjumpaan ini dihadiri seramai 20 orang yang terdiri daripada pustakawan penghubung dan wakil pusat pengajian dengan dipengerusikan oleh Encik Muhamad Mazlan Jalla, Timbalan Ketua Pustakawan.

Ianya diadakan bertujuan memperkenalkan pustakawan penghubung kepada wakil-wakil pusat pengajian dimana ia juga merupakan kesinambungan daripada program yang telah telah wujud pada tahun sebelumnya. Beliau menerangkan mengenai peranan pustakawan penghubung dalam membantu dalam pembangunan dan memperkasakan koleksi perpustakaan dan mempromosikan perkhidmatan serta kemudahan khusus sebagai rujukan dan panduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran warga kampus.

Selain itu, program ini merupakan satu saluran yang disediakan oleh perpustakaan bagi memudahkan komunikasi dua hala antara staf akademik dan pustakawan. Bukan sahaja mereka dapat mengemukakan isu – isu berkaitan bahan rujukan dan kemudahan perpustakaan tetapi juga berpeluang mendapat perkhidmatan ‘in-person consultation’, mempelajari teknik carian maklumat dan pengunaan pangkalan data yang betul, pembelian dan langganan bahan bacaan, memperkenalkan perkara serta makluman baru mengenai perpustakaan dan lain-lain lagi.

Perjumpaan ini berakhir pada jam 12.45 tengahari.

Disediakan oleh: Hanie Azyyati Abdul Jamil

45total visits,2visits today