PERJUMPAAN KETUA PUSTAKAWAN BERSAMA STAF PSB 2016

Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menganjurkan satu perjumpaan di antara Ketua Pustakawan bersama staf PSB yang bertempat di Auditorium 2, PSB pada 2 Februari 2016. Taklimat telah disampaikan oleh Tuan Haji Salleh Hudin Mustafa,Ketua Pustakawan dan En.Azmi Hamid selaku Ketua Penolong Pendaftar Kanan PSB.

Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk memberi taklimat serta penjelasan mengenai perkara-perkara berhubung dengan Pekeliling Bendahari Bil.1/2016 dan Garis Panduan Perbelanjaan Berhemat bagi mengoptimumkan lagi langkah-langkah penjimatan perbelanjaan perpustakaan khususnya dan UUM umumnya serta turut membincangkan hal-hal lain yang berkaitan dengan jabatan.Ketua Pustakawan banyak memberikan penekanan terhadap setiap tindakan staf dalam melaksanakan amanah dan tugas adalah perlu berteraskan panduan, etika dan undang-undang. Menurut beliau lagi “Janganlah hanya memikirkan ganjaran semata-mata kerana tugas yang dilaksanakan itu akan dipertanggungjawabkan nanti”.

Dengan adanya perjumpaan ini diharapkan staf PSB akan mendapat pencerahan mengenai perkara berkenaan dan dapat merujuk garis panduan tatacara dan kaedah perbelanjaan secara berhemah seperti membuat perancangan kewangan serta melaksanakan tugas mengikut landasan yang telah ditetapkan.

Disediakan oleh: Isanuddin Bin Bidin | Gambar oleh: Mohamad Fuzi Bin Ismail

92total visits,3visits today