PERJUMPAAN KP BERSAMA PUSTAKAWAN MEMACU MOTIVASI TAHUN BAHARU 2018

4 Januari 2018 – Tahun baharu 2018 ini Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) memberi perangsang dan motivasi kepada warganya dengan mengadakan satu perjumpaan di antara Encik Salleh Hudin Mustaffa, Ketua Pustakawan bersama semua pustakawan yang ertempat di Auditorium 1, Bangunan Utama, PSB. Perjumpaan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat serta melahirkan kesedaran dan persediaan dalam menghadapi masa hadapan. Antara intipati yang dikongsikan adalah berkenaan perpustakaan masa hadapan serta cabaran yang bakal dihadapi oleh pustakawan. Dalam ucapan beliau juga turut bercakap mengenai “Future Ready Librarian” yang mengetengahkan ciri-ciri pustakawan futuristik.

Selain itu beliau juga menyentuh mengenai Program Keserakanan dan Kesepunyaan Universiti Awam yang bakal dilaksanakan di mana pada masa hadapan, semua pelajar yang berdaftar boleh berkongsi menggunakan sumber dan fasiliti Universiti Awam di seluruh Malaysia dengan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan. Ketua Pustakawan turut memaklumkan mengenai perancangan untuk menggunakan perkhidmatan ‘Proquest Dissertations Publishing Program’ untuk kegunaan 20 Universiti Awam kelak yang membolehkan perkongsian maklumat yang lebih komprehensif sesama pengguna di kesemua Universiti Awam tersebut.

Oleh yang demikian, beliau menyeru kepada semua pustakawan untuk turut sama bersedia memberi komitmen yang lebih padu dalam menghadapi dunia akan datang untuk terus kekal relevan di mata generasi akan datang.

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Hanie Azyyati Abd Jamil

25total visits,2visits today