WORKSHOP ON CCH INTELLICONNECT SEARCH ENGINE

16 Januari 2018 – Satu Workshop on CCH Intelliconnect Search Engine telah berjaya dianjurkan oleh Bahagian Rujukan dan Perkhidmatan Pelanggan bertempat di Makmal Komputer 2, Bangunan Tambahan, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), Universiti Utara Malaysia (UUM). Bengkel ini bermula pada jam 10.00 pagi dan disampaikan oleh Puan Suzan Cheang yang merupakan Senior Account Manager, dari APAC Publishing dibantu oleh 2 orang rakannya. Antara intipati kandungan bengkel ini adalah mengenai produk CCH Intelliconnect Search Engine serta kegunaannya. Selain itu beliau turut memperkenalkan design carian yang lebih intuitif, jelas dan mudah digunakan. Penambahbaikan dari segi Search Navigation dan Result Layout untuk memudahkan pencarian juga turut diterangkan dengan jelas serta kemudahcapaian kepada New Training Video dan Quick Start Guides juga amat membantu pengguna dalam mengakses maklumat yang lebih tepat dalam masa yang singkat. Ianya dihadiri oleh seramai 25 orang termasuk pelajar, pensyarah dan pustakawan dan berakhir pada jam 11.30 pagi.

Disediakan oleh : Noraini Alias

Gambar oleh : Noraini Alias dan Mohamad Shazwan Nabil Shukor

30total visits,3visits today