PERTANDINGAN 5S ANTARA ZON WUJUDKAN PERSAINGAN SIHAT DI KALANGAN WARGA PSB

Dalam menghadapi Audit 5S peringkat UUM pada 17 hingga 31 Mei 2016, Jawatankuasa 5S PSB telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Pertandingan 5S Antara Zon PSB 2016. Sebanyak 8 zon telah diaudit pada 8 hingga 10 Mei 2016 yang lalu.

Pertandingan ini bukan sahaja memberi peluang kepada pusat tanggungjawab itu sendiri untuk membuat penilaian 5S jabatan tetapi turut memberi pendedahan kepada staf mengenai kepentingan amalan 5S, mewujudkan hubungan silaturahim di kalangan staf dalam aktiviti yang disertai mereka, meningkatkan semangat kerjasama dan persaingan yang sihat dalam melaksanakan penambahbaikan di zon masing-masing. Malah aktiviti seperti ini juga bisa memberikan persekitaran kerja yang lebih selesa dan praktikal kepada staf.

Dalam merebut gelaran juara pertandingan tersebut, kesemua Ketua Zon dan ahlinya telah diberi masa untuk menambahbaik ruangan zon masing-masing dengan mematuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan dalam 5S. Selain itu, aktiviti Gotong-Royong Perdana PSB juga telah diadakan pada 13 hingga 14 April 2016.

8 zon yang terlibat adalah zon Delima, Nilam, Berlian, Kristal, Baiduri, Zamrud, Intan dan Jed. Auditor bagi pertandingan tersebut adalah terdiri daripada 10 orang Jawatankuasa 5S PSB.

Pemenang akan menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM400 bagi pemenang tempat pertama, RM300 bagi pemenang tempat kedua dan RM200 bagi pemenang tempat ketiga.

Disediakan oleh: Noraini Alias
Gambar oleh: Siti Suriyani Muhamad

28total visits,2visits today