MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BAKAL KALI KE-20 MERIAH

Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan dan Amal Kakitangan Perpustakaan (BAKAL) sesi 2015/2017 telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan BAKAL Kali Ke-20 bagi membentangkan laporan tahunan dan hal-hal berkaitan kelab. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Ketua Pustakawan, Encik Salleh Hudin Mustaffa dan dipengerusikan oleh Pengerusi Tetap BAKAL iaitu En. Ku Azhar Ku Saud.

Pada mesyuarat kali ini, pelbagai isu telah diketengahkan dan telah diberi maklumbalas sewajarnya oleh Pengerusi BAKAL iaitu En. Abu Hassan Ghazali. Di majlis itu juga, turut diadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Pertandingan 5S Antara Zon PSB yang telah berlangsung baru-baru ini. Tahniah diucapkan kepada zon-zon yang telah terpilih sebagai pemenang. Selepas itu, majlis diteruskan dengan Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai bagi meraikan dua orang staf yang bakal meninggalkan PSB. Staf yang dirai adalah En. Mohd Nor Ahmad, mantan Ketua Penolong Pustakawan yang akan bersara serta En. Mohamad Zamri Bahadun, Pembantu Operasi yang akan bertukar ke Jabatan Pusat Asasi Pengurusan. Kemuncak agenda pada hari itu adalah sesi penyampaian hadiah serta jamuan perpisahan. Majlis berakhir pada jam 1.00 tengah hari.

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Mohamad Fuzi Ismail

39total visits,1visits today