PERTANDINGAN “SPELL IT RIGHT” ANJURAN PSB MERIAH

Sempena Pesta Buku Utara Discover UUM 2016 yang telah berlangsung pada 20 Mac 2016 hingga 27 Mac 2016 yang lalu, satu Pertandingan “Spell-It-Right” peringkat sekolah rendah telah diadakan. Ia merupakan pertandingan mengeja perkataan Bahasa Inggeris dengan betul. Pertandingan ini berlangsung pada 21 Mac 2016 dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari di Auditorium 2, Bangunan Tambahan Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB). Ia disertai oleh murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Baharu Sintok.

Program ini merupakan satu program yang dianjurkan oleh Bahagian Rujukan dan Perkhidmatan Maklumat, PSB bertujuan untuk mempertingkatkan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan murid sekolah khususnya dari segi perbendaharaan kata ataupun “vocabulary”. Antara objektifnya ialah untuk meningkatkan perbendaharaan kata dalam Bahasa Inggeris, menggalakkan murid untuk mengeja perkataan-perkataan lazim dengan betul, menguji daya ingatan dan kefahaman murid tentang perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang dipelajari semasa proses pengajaran dan pembelajaran di kelas, memberi perhargaan kepada murid-murid yang sentiasa mempertingkatkan perbendaharaan kata dan menerapkan dalam diri murid-murid bahawa Bahasa Inggeris adalah mudah dan menyeronokkan

Antara pemenang-pemenang Pertandingan “Spell-It-Right” adalah Nurul ‘Ain Liyana binti Mohd Dino Khairri, Najlah Afrina binti Mohamed Najib, Najmi Aiman bin Shahrul Nizam dan Nursyahira Najwa binti Mohamad Azrol dari murid Tahun 6. Manakala bagi murid Tahun 4 dan 5 adalah Najmi Amjad bin Shahrul Nizam, Nurfatini Ilhanina binti Mohd Shamshul Anuar, Adam Mukhriz bin Mohd Maliki dan Nurul Fadilah Dayana binti Mohd Syarim Adzhar.

Tahniah kepada semua peserta dan pemenang, syabas dan terima kasih kepada penganjur program tersebut.

Disediakan oleh   : Norashikin Bt Ibrahim
Gambar oleh       : Mohamad Fuzi B Ismail

31total visits,1visits today