TAHNIAH! 10 PEGAWAI PSB DINAIKKAN PANGKAT

Satu Majlis Penyampaian Watikah Kenaikan Pangkat Staf Akademik dan Pentadbiran telah diadakan oleh Jabatan Pendaftar, Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 10 Mac 2016 bagi meraikan seramai 89 orang staf UUM yang menerima kenaikan pangkat bertempat di Dewan Sri Angsana, EDC Hotel & Residence baru-baru ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak, Naib Canselor UUM. Seramai 9 orang pegawai PSB daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional telah dinaikkan pangkat daripada Gred S41 kepada S44 dan seorang pegawai Gred S48 kepada S52. Tahniah diucapkan kepada semua penerima dan diharapkan agar rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT ini akan menjadikan kita lebih bersyukur dan bersemangat untuk bekerja dengan lebih rajin serta berusaha untuk meningkatkan lagi kualiti kerja dan produktiviti bagi mencapai kejayaan dan kecemerlangan khusus buat organisasi mahupun individu itu sendiri.

Disediakan oleh: Hanie Azyyati binti Abdul Jamil | Gambar oleh: Hanie Azyyati binti Abdul Jamil

47total visits,1visits today