PSB ANJUR TAKLIMAT SISTEM SEMAKAN DAN PINDAAN DOKUMEN ISO

13 Mei 2019 – Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menganjurkan satu sesi Taklimat Sistem Semakan dan Pindaan Dokumen ISO  pada jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Paras 1, PSB. Sesi tersebut disertai oleh semua Ketua-Ketua Bahagian termasuk Pengurus Kualiti Jabatan iaitu Encik Razak Siamin.

Anjuran taklimat ini bertujuan memberi pendedahan dan makluman mengenai perkara asas dalam dokumentasi ISO, tatacara semakan dan pindaan dokumen ISO yang betul dan lain-lain perkara yang berkaitan dengannya. Sesi ini dimulakan dengan ucapan aluan Pengurus Kualiti PSB kepada penceramah jemputan dan staf terlibat yang hadir.

Penceramah jemputan tersebut ialah Dr. Suhaimi Ishak, Pengurus Pengurusan Kualiti ISO daripada Institut Pengurusan Kualiti (IPK), Universiti Utara Malaysia. Beliau turut dibantu oleh Puan Nurul Asyiqin Muhamad Zaini dan Cik Norsila Ellias yang juga daripada (IPK).

Staf bukan sahaja dapat meningkatkan pemahaman mengenai sistem ini tetapi juga berinteraksi dengan penceramah dengan mengajukan soalan ataupun permasalahan yang dihadapi di bahagian khusus berkaitan dengan dokumentasi ISO. Diharapkan agar staf dapat manfaat daripada taklimat ini dan dapat mengemaskini dokumentasi ISO dengan kaedah yang betul dan lebih baik lagi.

Sesi ini tamat pada jam 10.30 pagi.

 

Disediakan dan gambar oleh: Hanie Azyyati Abdul Jamil

Share :