PELAJAR SERTAI BENGKEL ASAS MENDELEY

14 Mei 2019 –  Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah mengadakan satu Bengkel Asas Mendeley kepada pelajar pada jam 8.30 hingga 12.00 tengahari bertempat di Makmal Komputer 1, PSB. Seramai 29 orang pelajar termasuklah pelajar Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana telah menyertai bengkel ini. Bengkel ini disampaikan oleh Cik Mazyana Hashim dan dibantu oleh Cik NorAllia Askandar daripada Bahagian Rujukan dan Perkhidmatan Maklumat.

Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan asas mengenai pengurusan bahan rujukan yang tidak dapat diketepikan oleh pelajar kerana ianya sangat berkait rapat sepanjang proses penyediaan sesuatu tugasan (assignment), penulisan tesis, artikel jurnal, buku dan apa sahaja yang melibatkan penerbitan. Mendeley merupakan satu sistem yang membantu memudahkan dan mempercepatkan proses pengurusan bahan rujukan agar lebih sistematik. Selain itu, pengurusan bahan rujukan dan sitasi yang baik dapat mengelakkan kesalahan besar dalam sesuatu penulisan ataupun dikenali sebagai plagiarisme. Ia merupakan sebahagian daripada perkara utama yang perlu dipelajari sebagai seorang pelajar yang sentiasa membuat penulisan ilmiah.

Ini merupakan sesi yang pertama dan akan dianjurkan lagi sesi seterusnya pada masa akan datang.

 

Disediakan oleh: Hanie Azyyati Abdul Jamil

Gambar oleh: Mazyana Hashim

Share :