PSB ‘LADIES ZUMBA’SIRI 3

5 September 2019 Satu lagi siri aktiviti Zumba telah berjaya diadakan oleh Badan Kebajikan dan Amal Kakitangan (BAKAL), Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB).

Seperti biasa aktiviti ini masih mengekalkan lokasi yang sama iaitu bertempat di Foyer Auditorium 2, Bangunan Tambahan PSB. Aktiviti ‘Ladies Zumba’ ini bermula pada jam 8.30 pagi sehingga jam 9.30 pagi.

Rata-rata peserta yang hadir adalah mereka yang sentiasa menitikberatkan soal kesihatan diri kerana walaupun sibuk dengan rutin pekerjaan, mereka masih mampu meluangkan masa menyertai aktiviti sihat ini. Mudah-mudahan dengan penganjuran aktiviti seperti ini dapat memberi peluang kepada mereka menjaga kesihatan diri.

 

Disediakan oleh: Noraini Alias

Share :