PSB RAIKAN KEJAYAAN KUMPULAN 5S DAN KIK G-HARD

Pihak Pengurusan Perpustakaan telah mengadakan satu majlis penghargaan pada 23 Februari 2016 kepada Kumpulan 5S dan KIK G-HARD yang bertempat di Bilik Mesyuarat Ketua Pustakawan, Bangunan Utama Perpustakaan Sultanah Bahiyah pada jam 2.30 petang.

Wakil tunggal PSB iaitu Kumpulan G-HARD telah dinobatkan sebagai juara dengan mengalahkan 10 kumpulan peserta yang lainnya. Disamping itu, PSB turut diumumkan sebagai pemenang tempat Ke-3 bagi Pertandingan 5S, Peringkat Jabatan di Mini Konvensyen Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK), Peringkat Universiti pada 16 hingga 17 Februari 2016 yang lalu.

Sehubungan itu, majlis penghargaan ini diadakan demi menghargai sumbangan dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh kedua-dua kumpulan ini. Ketua Pustakawan amat berbangga dengan kejayaan yang dicapai dan mengucapkan segunung tahniah serta syabas di atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan oleh setiap ahli kumpulan. Turut sama hadir adalah Pn. Shukra Shuib, Timbalan Ketua Pustakawan, En. Muhamad Mazlan Jalla, Ketua Penolong Pustakawan dan En. Abu Hassan Ghazali, Ketua Penolong Pustakawan yang juga merangkap fasilitator kepada Kumpulan KIK G-HARD. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua yang terlibat. Semoga mereka akan lebih bersemangat dan cemerlang lagi dalam melakukan setiap tugasan dan pekerjaan di masa-masa akan datang. Majlis berakhir pada jam 5.00 petang.

Disediakan oleh: Noraini binti Alias | Gambar oleh: Mohamad Fuzi bin Ismail

41total visits,1visits today