PSB SAMBUT BAIK KEDATANGAN AUDITOR AMBA

Kehadiran penilai AMBA (The Association of MBAs) ke UUM boleh dilihat sebagai satu langkah ke arah penarafan university di peringkat global. Ini kerana focus utama kehadiran penilai ini adalah untuk memberi akreditasi kepada Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB) sesuai dengan kredibiliti mereka (AMBA) sebagai sebuah autoriti antarabangsa dalam bidang pendidikan yang memfokuskan kepada pendidikan perniagaan bagi pelajar pasca siswazah. Audit AMBA ini telah berlangsung selama 2 hari bermula 26 hingga 27 Mei 2015 yang lalu.

AMBA menawarkan servis akreditasi mengikut ukuran global bagi semua program MBA (Master of Business Administration), DBA (Doctor of Business Administration) dan juga MBM (Master of Business Management). Dengan pengiktirafan ini, ianya dilihat mampu memberikan status dan kredibiliti antarabangsa kepada OYAGSB dan UUM amnya. Akreditasi ini adalah merupakan sebuah jaminan kualiti.

Kehadiran mereka ke PSB disambut mesra oleh pihak pengurusan PSB yang terdiri daripada Ketua Pustakawan, Encik Salleh Hudin Mustaffa, Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Shukra Shuib, dan diiringi oleh Ketua Penolong Pustakawan, Encik Mazlan Jalla bersama-sama beberapa orang Pustakawan yang lain. Mereka diberi taklimat ringkas berkenaan PSB dan sejurus selepas itu mereka dibawa melawat ke sekitar Perpustakaan untuk melihat koleksi Perpustakaan serta kemudahan-kemudahan yang ada.

Penilai AMBA ini terdiri daripada 4 orang yang diketuai oleh Dr. Philip McLaughlin yang merupakan “Former Co-Founding Dean dan Executive Director, Kedge, Business School, France”. Bersama beliau iaitu, Bob O’Connor iaitu “Executive Director, Queensland University of Technology Graduate School of Business, Australia”. Turut serta Associate Prof Che Ruhana Isa yang merupakan “Former Dean of Faculty of Business and Accountancy, University of Malaya” dan yang terakhir adalah Katherine O’Flynn yang merupakan “Accreditation Director – Europe, South East Asia, Australasia, AMBA”.

PSB menawarkan lebih 2 juta koleksi serta pelbagai kemudahan lain khusus untuk mendokong pembelajaran dan pengajaran di UUM. Kemudahan seperti bilik pasca siswazah, academic common, bilik karel dan lain-lain juga tersedia untuk kegunaan para pelajar serta tenaga pengajar. Oleh itu diharap dengan pelbagai kemudahan dan sumber yang terdapat di PSB ini, ianya mampu memberi reaksi positif kepada para penilai AMBA serta dapat membantu meningkatkan imej universiti ke peringkat global.

41total visits,2visits today