PSB TERIMA LAWATAN AUDIT DALAM MS ISO90012015

Pada tanggal 24 hingga 25 Julai 2019 yang lalu, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menerima lawatan Audit Dalaman MS ISO9001:2015 daripada juruaudit lantikan Universiti Utara Malaysia (UUM). Ahli pasukan auditor yang terlibat adalah Dr. Muhamad Dzahir Kasa selaku ketua Juruaudit, Dr. Laila Suriya Ahmad Apandi dan Puan Noorhani Ismail.

Audit selama 2 hari ini berfokus kepada pemeriksaan Pengurusan Kualiti MS ISO, Pelan Strategik dan Pengurusan Risiko di PSB. Segala proses audit dibantu oleh wakil pusat tanggungjawab (PTJ) iaitu Encik Razak Siamin, Timbalan Ketua Pustakawan dan Encik Saarif Rosli Saarif Ahmad, Pegawai Tadbir Kanan.

Selain daripada menemuramah staf secara rawak bagi memperolehi maklumat mengenai proses kerja dengan lebih terperinci, pasukan auditor juga turut melawat ke bahagian-bahagian seperti bahagian perolehan, pemerosesan teknik, pentadbiran dan e-perpustakaan bagi melihat persekitaran dan proses kerja secara langsung. Mereka juga memfokuskan pemeriksaan terhadap kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan kepada pengguna.

Keseluruhan proses audit berjalan dengan lancar di samping kerjasama ketua-ketua bahagian, staf daripada bahagian-bahagian yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Audit diakhiri dengan laporan daripada pasukan auditor mengenai penemuan peluang-peluang penambahbaikan terhadap proses kerja sedia ada.

 

Disediakan oleh: Hanie Azyyati Abdul Jamil

Gambar oleh: Mohamad Fuzi Ismail

Share :