PSB TERIMA LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARIPADA PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK (PTAR), UiTM CAWANGAN PERAK

16 Mei 2017 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Perak telah mengadakan lawatan samnil belajar ke Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB). Seramai 22 orang staf mengikuti lawatan tersebut termasuk Timbalan Ketua Pustakawan , Pustakawan Kanan, Pustakawan dan Pembantu Perpustakaan.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk melihat Unit Arkib serta sistem perpustakaan yang digunakan di samping memberi peluang dan pendedahan kepada staf untuk melihat suasana dan perkembangan teknologi terkini terutama dalam bidang perpustakaan akademik di Malaysia. Selain itu, mereka juga berpeluang melawat ke bahagian-bahagian utama PSB seperti Jabatan Automasi, Khidmat Pelanggan, Sumber Ilmu dan Khidmat Pengurusan.

Lawatan ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan mereka mengenai polisi, garis panduan serta isu-isu dalam pengurusan rekod dan arkib agar penambahbaikan dapat dilaksanakan di Unit Arkib PTAR UiTM Cawangan Perak. Terima kasih diucapkan kepada PTAR, UiTM Cawangan Perak kerana sudi mengunjungi PSB. Semoga jalinan hubungan antara PTAR, UiTM Cawangan Perak dan PSB akan lebih erat lagi di masa hadapan.

Disediakan oleh: Norashikin Bt Ibrahim

Gambar: Ishar Bin Md Zain

19total visits,1visits today