PENILAIAN SEMULA PSB DALAM AUDIT KECEMERLANGAN UUM 2017/2018

28 April 2019 – Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menerima satu lawatan Audit Kecemerlangan UUM Sesi 2017/2018 daripada pasukan audit yang telah dilantik oleh Institut Pengurusan Kualiti (IPK) pada hari Ahad yang lalu pada jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Ketua Pustakawan.

Seramai 3 orang auditor yang terlibat iaitu Mohd Hanizan B Zalazilah selaku Ketua Auditor, Prof. Madya Dr. Rohami B Shafie dan Pn. Umisofian Bt Md Yusuf. PSB merupakan salah satu Pusat Tanggungjawab (PTJ) bagi kategori  pengurusan perkhidmatan yang telah mendapat 3 bintang ke atas melalui audit kendiri sebelum ini. Tujuan audit ini adalah untuk dinilai semula dan melakukan semakan serta pengesahan terhadap bukti-bukti dokumen yang disediakan oleh PTJ.

Antara perkara-perkara yang diberi tumpuan oleh auditor adalah dari segi kepimpinan, pelanggan, pengukuran, analisis dan pengurusan pengetahuan, sumber manusia dan operasi PTJ. Selain itu, auditor turut mengambil peluang untuk menemubual seramai 5 orang staf PSB, 2 orang pelajar termasuklah pelajar Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana bagi memperolehi maklumbalas secara langsung daripada penyedia dan penerima perkhidmatan yang ditawarkan oleh PSB.

Selama hampir 3 jam berlalu, akhirnya audit inipun berakhir pada jam 12.30 tengahari dengan  ucapan terima kasih di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh PTJ kepada auditor. Terutamanya staf dan pelajar yang terlibat dalam membantu melancarkan proses audit ini.

 

Disediakan dan gambar oleh: Hanie Azyyati Abdul Jamil

415total visits,2visits today

Share :