PSB TERUS UNGGUL TERIMA ANUGERAH UUM

Pada Hari Inovasi dan Majlis Penganugerahan Universiti (HIMPU 2017) yang telah berlangsung di Dewan Mu’adzam Shah pada 24 Mei 2017 yang lalu, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) sekali lagi telah berjaya mengungguli Anugerah Kecemerlangan UUM 2015/2016, Kategori Pusat Tanggungjawab (PTJ) Terbaik.

Pada hari tersebut, PSB telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM6,500.00, sijil serta trofi. Anugerah ini telah disampaikan oleh Pro-Canselor, Yang Berbahagia Dato’ Seri Amar DiRaja Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr) Osman Aroff. Anugerah ini telah diterima oleh Ketua Pustakawan iaitu En. Salleh Hudin Mustaffa dengan diiringi oleh Pustakawan, En. Muhamad Mazlan Jalla. Pada tahun ini juga, PSB telah dinobatkan sebagai pemenang tempat Ketiga Anugerah Penilaian Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE 2016 dengan hadiah wang tunai bernilai RM1,000.00 beserta sijil penghargaan.

Segala kejayaan ini adalah hasil kerjasama dan semangat berpasukan yang telah ditonjolkan oleh semua warga PSB. Jutaan terima kasih sememangnya wajar diucapkan kepada semua warga PSB dan semoga kejayaan-kejayaan seperti ini dapat dicapai lagi di masa akan datang. Kudos PSB!

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Noraini Alias & Hanie Azyyati Abdul Jamil

24total visits,2visits today