REWANG BUBUR ASYURA RAPATKAN UKHWAH KAKITANGAN PSB

PSB Online –  Bermulanya bulan Muharam menandakan masuk tahun baharu mengikut  kalender Islam. Di bulan ini, selain puasa dan amalan sunat yang lain Bubur Asyura’ sememangnya amat sinonim dengan bulan ini.

Pada  03  September 2020  bersamaan 15 Muharam,  seramai 21 orang kakitangan Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB)   telah bergotong royong atau berkerjasama menyediakan bahan dan mengacau bubur  Asyura. Aktiviti ini telah diadakan  bertempat di perkarangan  Loading Bay, Bangunan Utama  PSB. Program ini adalah anjuran Kelab Kebajikan dan Amal  (BAKAL) PSB.Bubur Asyura adalah makanan yang dibuat daripada pelbagai campuran ramuan seperti ubi keledek, pisang, kacang merah dan lain-lain  sempena meraikan Bulan Muharam terutama hari ke -10 Muharam (Hari Asyura).

Menurut Encik Ku Rosyidi Ku  Md. Razi, Pengerusi   BAKAL ,  “setiap tahun menjadi rutin BAKAL  menganjurkan program seperti ini. Saya berharap dengan adanya program sebegini  ia dapat memupuk semangat muafakat dan mengeratkan silaturrahim  sesama kita di kalangan warga PSB. Di samping itu juga ia dapat memberi pendedahan mengenai masakan  bubur asyura  resipi masyarakat  Kedah kepada kakitangan PSB yang berasal dari luar negeri Kedah”.  Katanya lagi, “Bubur Asyura utara mempunyai tekstur dan rasa yang pekat dan manis”.

Sebanyak  2 kawah  bubur  telah berjaya dimasak  dan  sebanyak 200 pek telah diagihkan kepada semua kakitangan  PSB. Selain itu, bubur ini juga turut diedarkan kepada  kakitangan Uniutama Property Sdn Bhd (UPSB) yang bekerja di PSB agar mereka sama-sama  dapat menikmati kelazatan  bubur hasil tangan masakan warga PSB.

Turut hadir menjayakan program ini ialah Encik Norhardi Saad, Penolong Ketua Pustakawan PSB. Aktiviti memasak Bubur Asyura ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12. 30 petang.

Semoga aktiviti sebegini berterusan di masa akan datang apabila datangnya bulan Muharam tahun hadapan.

 

Disediakan oleh : Azniza Binti  Ahmad

Gambar : Abdul Hadi Mat Taib

Share :